Friday, July 28, 2006

Iklan Pilihan

“Yang ni bintang….”
“ Cantiknya..Tasha nak pegang boleh?”
“ Mana boleh, langit kan tinggi…”
…”Bintang ada lima…..”

“Mama, mama..Tasha boleh pegang bintang..’

“tengok ni” ( dengan slanga yang manja )….

Aku suka tengok iklan ni..bila iklan ni muncul, mata aku akan berhenti berkelip.
Aku geram tengok budak ni,lagi-lagi, masa dia cakap “tengok ni” , comel,geram..

// “kau ni bang,budak-budak pun kalah bila tengok iklan”..kata ayah aku..:p //

p/s : Bintang tak perlu dicipta,hanya perlu di cari.

Thursday, July 27, 2006

Lirik Pilihan



Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu ku kesali
.............................
Maafkan daku kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku kerna ku memungkirinya
Maafkan daku kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku ku mungkir bahagia...

Ini adalah sebahagian daripada lirik lagu Mungkir Bahagia. Sebenarnya lagu ini tiada kena mengena dengan aku pun, dan tiada kaitan dengan pengalaman aku juga. Akan tetapi, aku suka benar dengan melodi dan liriknya..Aku cuma berharap, aku tidak menjadi orang yang diceritakan dalam lirik lagu ni..mudah-mudahan.'ceyyy'.

//orang yang jiwang akan kata orang lain yang jiwang ;) //

Tuesday, July 25, 2006

Putaran Hidup

Jangan aku gelisah ketika mendapat kesusahan.
Sesungguhnya kesusahan itu dapat menguatkan hati aku,
membuat aku merasakan nikmatnya sihat,
akan membulatkan tekad aku,
akan mengangkatkan kedudukan aku,
dan menampakkan kesabaran aku.

Ibarat mega berarak mendung berlalu…
tiada istilah ‘blur’ lagi dalam kamus hidup aku.

Sunday, July 23, 2006

Mencari Ketenangan

Aku rasa aku 'blur' satu hari ini.......

Dan..

Seseorang mengingatkan aku, Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang...Alhamdulillah,Terima kasih.

Saturday, July 22, 2006

Kisah Sahabat

'bye...bye..'
Setelah beberapa hari sahabat dari kelate lepak di rumah aku..mamat klate tu pun balik semula ke kampung halamannya..

Aku berdoa kau datang sini semula,bukan untuk proses temuduga kerja lagi,tetapi untuk kerja di sini pula..mudah-mudahan..

Sekarang, aku masih menanti kehadiran mamat ganu pulak..'hero' Kampung Padang Air...siapa kenal ya?

Friday, July 21, 2006

Mungkin Angau

Suatu petang,aku bersiap-siap untuk pergi beriadah.
Aku pun kental dengan t-shirt Netherlands dan 'track-bottom'.
Lalu aku sarung sepatu ke kakiku tanpa bersuara(fokus la konon).
Sudah siap!..sebaik aku melangkah ke luar pintu....
Suara budak Semenyih meyapa.."Abang hendak ke mana?"
Jawab aku,"Nak pergi 'training' la ni,kenapa?"
di balasnya,"Habis tu,kenapa pakai kasut tu?"

'Cess'....aku tersarung kasut kulit rupanya..kantoi betul.
Aku rasa aku dah cukup fokus tadi...Angau betul..

Thursday, July 20, 2006

Kenal Diri

Cuba bayangkan,kalau jari-jemari aku semua sama rupa, panjang dan saiz. Atau pun semua jari adalah ibu jari. Mesti pelik kan? Allah jadikan jari kerana setiap jari ada tugasnya masing-masing.

Oleh yang demikian,sama kesnya dengan aku.Kalau aku hendak semua orang berpersonaliti,bersifat,perangai,sikap macam aku..semuanya sama,kan pelik juga.Tiada lah wujud variasi manusia. Kalau semua orang hidung mancung, tiadalah istilah hidung nya 'pesek'...tu salah satu contoh.Tetapi jangan kita putar belitkan pula ya..contoh,kalau semua orang berjaya,tak mengapalah pun kalau aku gagal..'cess'..sungguh tidak bermotivasi tu..

Justeru itu,aku kena terima dengan semua orang. Jangan asyik hendak 'mengomel' je tentang orang lain,macam aku ni bagus sangat kan..Jikalau aku hendak berkawan dengan orang yang baik-baik,aku perlu menjadi kawan yang baik..Jangan asyik mencari kawan,tapi diri sendiri tak macam kawan..betul tak kawan?