Monday, September 25, 2006

Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulillah, aku berpeluang menunaikan solat tarawih di surau Al-Ikhwan..walaupun dengan penghawa dingin baru dan kawasan solat dibesarkan,namun saban tahun semakin ramai yang solat di surau tersebut.

Hampir 16 tahun aku berulang alik ke surau tersebut.Banyak perubahan yang telah berlaku dari segi fizikal dan ‘isi’ dalamnya.

Akan tetapi,aku terasa ralat pada tahun ini, kerana suara bilal yang selama ini berkumandang telah kembali ke Rahmatullah ( Al-Fatihah ).

Selama ini,kita telah mentarbiah diri dengan tarbiah harian – Solat Fardhu, sedekah, membaca Al-Quran dan sebagainya..

Begitu juga kita mentarbiah diri dengan solat Jumaat atau pun puasa sunat hari Isnin dan Khamis dan menghadiri Kuliah Mingguan sebagai tarbiah mingguan.

Tidak cukup dengan itu, kita juga dilatih untuk menyambut amalan-amalan bulanan. Sebagai contoh, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nisfu Sya`ban dan sebagainya..

Sekarang tibanya, tarbiah tahunan iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan. Semua sedia maklum, bahawa kita digalakkan memperhebatkan amalan dan ibadat, sama ada ibadat umum atau pun ibadat khusus.

Tetapi, yang peliknya ada golongan yang cuba menghalang surau atau pun masjid daripada memberi tazkirah!! Kononnya mengganggu jemaah surau untuk menunaikan ibadat…Persoalannya Tazkirah itu bukan ibadat ke? Tazkirah itu kan peringatan kepada kita yang sering lupa. Bila lagi jemaah surau hendak dengar tazkirah..Selain dari bulan Ramadhan??..bulan lain surau dan masjid lengang. Oleh itu, inilah peluang yang ada untuk kita sama-sama di beri peringatan.

Kalau betul ianya menganggu ibadat, ada banyak perkara lagi yang boleh ditegah..Salah satu contohnya siaran televisyen. Ni tidak, orang solat tarawih, macam-macam cerita pula yang muncul di TV. Daripada pihak tersebut memantau surau dan masjid, ada baiknya pergi membuat operasi yang melibatkan remaja yang bermasalah..itu kan lebih baik.

Alasan yang paling tidak logik ialah takut yang memberi tazkirah menyentuh isu-isu sensitif..alarr, bukan sensitif mana pun cumanya isu politik..kenapa takut?
Kalau takut sangat, apa salahnya pihak terbabit menyediakan teks tazkirah, dan edarkan kepada surau dan masjid,itu lebih praktikal.kan lebih baik daripada langsung tidak ada tazkirah..barulah sesuai sebagai Negara Islam.

/* Aku sayang Malaysia, tapi aku lebih sayangkan Islam */

Saturday, September 23, 2006

Solat Jemaah


Aku terbayang kalau kita berkawad, Kita diajar patuh pada arahan ketua, kalau tersalah alamatnya susahlah kita, begitu kentalnya kita menjaga displin semasa dipadang kawad, baju kena kemas tajam bergosok, kasut kena berkilat. Natijahnya, orang-orang komander semuanya kemas dan berdisplin serta dengar arahan ketua. Bagaimana hendak dikaitkan dengan solat Jemaah.

Sahabat-sahabat semua, jika kita jaga solat jemaah, InsyaAllah kita displin yang ada pada solat jemaah itu akan kita dapat praktikkan di dalam kehidupan seharian. Dari segi masa kita jaga dan sikap-sikap yang positif dapat kita semai.

Biar pun pahit, namun kerana ubat ia terpaksa ditelan bagi mengubat sesuatu penyakit. Begitu juga apa yang dihasratkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau meluahkan rasa agak terkilan terhadap sesetengah pendokong gerakan Islam yang tidak mengutamakan solat berjemaah, sedangkan ia menjadi tuntutan utama agama.
Kata beliau masih ada mereka yang terlibat dengan gerakan Islam, namun tidak mengutamakan tuntutan tersebut.

"Inilah di antara salah satu faktor yang menyebabkan perjuangan Islam lambat mencapai kemenangan."

Salam Ramadhan untuk semua..

/* Khusus untuk AKU dan umum untuk SEMUA */

Tuesday, September 19, 2006

Inovatif

Segala sesuatu selalu berubah. Di dunia ini tidak ada sesuatu yang tidak berubah. Satu-satunya yang tetap adalah perubahan itu sendiri. Oleh kerana itu, siapa pun yang tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan maka bersedialah untuk tewas oleh perubahan tersebut.

Maka jelaslah sudah yang dimaksudkan dengan Sabda Rasulullah s.a.w bahawa orang yang hari ini sama dengan hari semalam adalah golongan yang rugi, bermakna tidak ada kemajuan dan tertinggal oleh perubahan.

Orang yang hari ini lebih buruk dari semalam dianggap orang yang celaka, bermakna akan tertinggal jauh dan sukar untuk mengejar semula.

Satu-satunya pilihan bagi orang yang beruntung adalah hari ini lebih baik dari hari semalam, bermakna mesti ada penambahan sesuatu yang bermanfaat. Inilah sikap perubahan yang diharapkan selalu berlaku pada seorang muslim, sehingga tidak akan sekali-kali tertinggal,dia selalu bersiap siaga terhadap perubahan, dan selalu bersedia mengambil sikap terhadap perubahan.

/* Rakus adalah kerendahan, tamak adalah kehinaan, rasa takut adalah kegagalan, dan lalai adalah penghalang */

Wednesday, September 13, 2006

DUNIA BATINKU.


Janganlah terlalu mengekang perasaan. Mengekang perasaan akan menyebabkan jiwa terganggu, dan akan menghalangi munculnya bahagia. Jangan sembunyikan perasaan.. Ungkapkan semua perasaan dengan cara yang sesuai, kerana cara yang sesuai akan membebaskan jiwa aku dari tekanan yang menghimpit.

Tidak ada kunci yang tidak akan dibuka. Tidak ada ikatan yang tidak akan dilepaskan. Tidak ada kejauhan yang tidak akan mendekat. Tidak ada orang bepergian yang tidak akan sampai...
Hanya saja semua itu ada saatnya yang telah ditentukan...

/* Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.....Al-Baqarah:45 */

Saturday, September 9, 2006

ON Sedar!

Gejala Sosial Pembunuh Agama, Negara dan Bangsa.

*ponteng sekolah *tidak menutup aurat *cabul kehormatan *mencuri *merompak *meragut *memuja dan meniru aksi artis *VCD lucah *BLACK METAL *meminum arak *lari dari rumah *seks luar nikah *pecah rumah *PINK METAL *vandalisme *pil ecstasy *gengster *rogol *homoseksual *pergaulan bebas *judi *dadah *lepak *sumbang mahram *pakaian seksi *lumba haram *melacur *

Mengapa mesti gejala sosial ini diperangi segera..

..kerana hari ini kita mendengar GEJALA SOSIAL berlaku ke atas orang lain..mungkin satu hari nanti berlaku pada kita, anak kita, keluarga kita...MOHON DIJAUHI

..kerana KES GEJALA SOSIAL sekarang berada pada tahap kritikal..jika tidak ditangani segera, cuba bayangkan kehidupan generasi akan datang..

..peperangan, pertumpahan darah, tsunami dll adalah BALA akibat kemurkaan Allah s.w.t akibat perlakuan manusia yang jauh melampaui batas..

Tindakan kita..

  • mengamalkan CARA HIDUP berlandaskan syariat ISLAM
  • mempelajari ilmu ISLAM dengan mendalam
  • sentiasa mengingati balasan : nikmat SYURGA dan azab NERAKA
  • Jauhi rakan-rakan yang nakal dan bahan lucah
  • Pantau tingkahlaku anak-anak..Ibubapa sebagai 'role model'
  • lakukan aktiviti harian yang berfaedah
  • menegur dan menasihat remaja disekeliling kita yang terlibat dengan kes gejala sosial.

/* " Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang mengerjakan sesuatu yang melampaui batas terhadap dirinya. Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosanya semua. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." Surah Ar-Zumar : 53. */

Thursday, September 7, 2006

Perangi Murtad.

Strategi Musuh Islam.

  • Menuntut kebebasan murtad.
  • Penyebaran Injil / Al kitab dalam Bahasa Melayu.
  • Mewujudkan NGO-NGO seperti IFC.
  • Menyebarkan fahaman feminisme, Islam Liberal, Pluralisme, dan Sekular.
  • Mengadakan seminar dan road show bagi mendesak kerajaan mengiktiraf golongan murtad.
  • Menggoda gadis dan pemuda Islam untuk bercinta dan berkahwin dengan penganut mereka.
  • Melahirkan mubaligh dikalangan melayu.
  • Menjual produk yang mengandungi bahan yang diharamkan Islam.
  • Mempengaruhi umat Islam melalui industri fesyen dan hiburan.

Tindakan Kita

  • Mendekatkan diri dengan organisasi Islam.
  • Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan.
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan.
  • Menjauhkan diri dari program hiburan yang tidak berfaedah.
  • Sentiasa mengambil tahu hal ehwal umat Islam.
  • Membeli produk - produk yang disahkan halal.

Jangan jadi musuh dalam selimut

/* " Barang siapa yang murtad diantara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianya itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannya di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya..Surah Al-Baqarah: 217 */



Monday, September 4, 2006

Erti merdeka!















Luahan hati anak merdeka

Tepat jam 12.00 pagi, 31 Ogos 2006, seluruh ruang angkasa Kuala Lumpur dilimpahi dengan gemerlapan cahaya bunga api yang datang dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).Bercahayalah Kuala Lumpur dengan percikkan bunga api, tatkala embun pagi mula tipis melayap disetiap batang tubuh manusia.

Seketika sebelum sambutan malam 31 Ogos, di KLCC, 'rumah Allah' (Masjid Assyakirin) di isi bagi merafak doa bermunajat kepada Allah memohon keberkatan. Mengingatkan tetamu kepada Allah yang maha kuasa. Begitupun, di sebelah kanan masjid, suasana lebih bising dengan konsert ambang merdeka.

Konsert hiburan diadakan semata-mata untuk memberi santapan 'rohani' anak muda kota supaya lupakan sejenak kisah peribadi kerana yang penting 'kebebasan' sempena Malam Kemerdekaan.

Maksiat..maksiat bersepah..

Di celah kelekaan itu muncul sekumpulan anak muda untuk mengedar risalah kesedaran tentang gejala murtad dan masalah sosial serta penghayatan merdeka menurut Islam.

Pada mulanya 'team dakwah' tadi berasa seriau untuk mengedarkan risalah..bukan takut,tapi segan dengan pelbagai keletah anak muda,pergaulannya,pakaiannya,dan sikap mereka.Selepas beberapa ketika,barulah team dakwah tadi naik semangat.

Aku pelik..
dalam pada team tadi membuat operasi, kelibat penguatkuasa agama Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) haram tidak dilihat. Apa mereka buat tatkala anak muda mabuk asmara bercumbu tanpa melihat batas agama?
Mungkin mereka terlalu sibuk memantau khatib di masjid supaya tidak memberi khutbah megenai gejala murtad!
Dibuatnya teks khutbah supaya 'kita' tidak menganjurkan konsert sempena merdeka kerana banyak negatifnya..bla...bla.. persoalannya siapa 'kita' tu? Bagaimanakah ada asap tidak berapi? Retorik semuanya!

Pihak yang diberi kuasa sibuk merisik 'team dakwah' tadi,seolah-olah team tadi pihak yang bersalah..Tapi berdiri macam kayu apabila melihat anak muda lain berhibur semacam lupa dunia dan akhirat.

Di harap insiden pasangan berasmara dan anak muda berkeliaran di malam merdeka tidak akan berulang lagi pada tahun akan datang.Merekalah yang bakal menerajui kepimpinan negara..Kalau tidak pun,merekalah yang bakal kita pimpin..

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

/* Blogger penembak curi? */