Thursday, December 21, 2006

Sekian lama..

Agak lama juga aku tidak menjengah blog sendiri ni..cuti semester sebulan.Alhamdulillah habis saja 'exam' ada saja aktiviti yang aku buat.memang tak melekat dekat rumah.

Sepanjang cuti sebulan, memang aku sengaja isikan dengan segala macam aktiviti yang berfaedah.Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya aku yang 'ber isi'-tembam la tu.

Perkara yang tidak dapat di jual beli ialah pengalaman..kepada teman2 baru, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai kawan. terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan aku.Terpulang kepada teman2 untuk menilai aku macam mana..macam2 pendapat aku yang terima..aku tak kisah pun.aku pun tak kisah hendak berkawan dengan mereka..huh!aku tak berapa panas pulak hendak menaip ni..sampai bertemu lagi.

/* cuba menilai dengan ilmu */