Monday, September 25, 2006

Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulillah, aku berpeluang menunaikan solat tarawih di surau Al-Ikhwan..walaupun dengan penghawa dingin baru dan kawasan solat dibesarkan,namun saban tahun semakin ramai yang solat di surau tersebut.

Hampir 16 tahun aku berulang alik ke surau tersebut.Banyak perubahan yang telah berlaku dari segi fizikal dan ‘isi’ dalamnya.

Akan tetapi,aku terasa ralat pada tahun ini, kerana suara bilal yang selama ini berkumandang telah kembali ke Rahmatullah ( Al-Fatihah ).

Selama ini,kita telah mentarbiah diri dengan tarbiah harian – Solat Fardhu, sedekah, membaca Al-Quran dan sebagainya..

Begitu juga kita mentarbiah diri dengan solat Jumaat atau pun puasa sunat hari Isnin dan Khamis dan menghadiri Kuliah Mingguan sebagai tarbiah mingguan.

Tidak cukup dengan itu, kita juga dilatih untuk menyambut amalan-amalan bulanan. Sebagai contoh, Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nisfu Sya`ban dan sebagainya..

Sekarang tibanya, tarbiah tahunan iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan. Semua sedia maklum, bahawa kita digalakkan memperhebatkan amalan dan ibadat, sama ada ibadat umum atau pun ibadat khusus.

Tetapi, yang peliknya ada golongan yang cuba menghalang surau atau pun masjid daripada memberi tazkirah!! Kononnya mengganggu jemaah surau untuk menunaikan ibadat…Persoalannya Tazkirah itu bukan ibadat ke? Tazkirah itu kan peringatan kepada kita yang sering lupa. Bila lagi jemaah surau hendak dengar tazkirah..Selain dari bulan Ramadhan??..bulan lain surau dan masjid lengang. Oleh itu, inilah peluang yang ada untuk kita sama-sama di beri peringatan.

Kalau betul ianya menganggu ibadat, ada banyak perkara lagi yang boleh ditegah..Salah satu contohnya siaran televisyen. Ni tidak, orang solat tarawih, macam-macam cerita pula yang muncul di TV. Daripada pihak tersebut memantau surau dan masjid, ada baiknya pergi membuat operasi yang melibatkan remaja yang bermasalah..itu kan lebih baik.

Alasan yang paling tidak logik ialah takut yang memberi tazkirah menyentuh isu-isu sensitif..alarr, bukan sensitif mana pun cumanya isu politik..kenapa takut?
Kalau takut sangat, apa salahnya pihak terbabit menyediakan teks tazkirah, dan edarkan kepada surau dan masjid,itu lebih praktikal.kan lebih baik daripada langsung tidak ada tazkirah..barulah sesuai sebagai Negara Islam.

/* Aku sayang Malaysia, tapi aku lebih sayangkan Islam */

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home