Tuesday, January 2, 2007

Kisah jam tangan.

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya ke Petaling Jaya dengan menaiki komuter. Antara ramai-ramai ada seorang perempuan yang duduk di sebelahya. Setelah lama mengunci mulut, dengan selamba si pemuda bertanya kepada perempuan tersebut,
"Hai, pukul berapa ya sekarang?"

Skill 'mengayat' yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini lain ceritanya, perempuan tadi diam seribu bahasa. Mungkin perempuan ini kurang pendengaran, bisik pemuda tersebut.Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun perempuan itu tetap membisukan diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit perempuan tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa awak tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? "Perempuan itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai pelbagai persoalan, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda terkesima mendengar khutbah minah itu. Entah kenapa pulak perempuan ni. Perjalanan masih jauh, apa salahnya kan? Terus dia bertanya lagi.

"Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"soal perempuan tadi ."Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?",ulang si pemuda.

"Setelah itu kamu mungkin menjadi rapat dengan saya dan kamu mungkin akan menjadi teman lelaki saya. Lama-lama kamu mungkin akan menjadi suami saya," jawab perempuan tersebut. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya,
"Wei , apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"Sambil berdiri perempuan tersebut menjawab dengan lantang,

"Masalahnya? Saya tidak mahu mempunyai teman lelaki dan suami seperti kamu! Jam tangan pun takde. Sengkek betul!

p/s: Pakailah jam tangan sebelum menaiki komuter, kalau hendak beristeri ;)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home