Tuesday, January 30, 2007

Kisah jam tangan v.2

Seorang pembuat jam tangan di Petaling Jaya berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai jam, apakah kau sanggup untuk berdetik paling kurang 31,104,000 kali selama setahun?"
"Apa!?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.
"86,400 kali? Dengan jarum yang kurus seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau pulak 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Tidak mampu saya" tetap juga si jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam.
"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

/*Tidak ada kunci yang tidak akan dibuka. Tidak ada ikatan yang tidak akan dilepaskan. Tidak ada kejauhan yang tidak akan mendekat. Tidak ada orang bepergian yang tidak akan sampai. Hanya saja semua itu ada saatnya yang telah ditentukan */

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home