Saturday, April 15, 2006

Ragam Manusia

Aku masih berpeluang menaiki komuter lagi. Aku perhatikan pelbagai spesies manusia yang berada di dalam train tersebut. Rasa terhibur apabila melihat ragam mereka.Pemuda Cina yang asyik membaca surat khabar dalam keadaan statik berdiri walaupun train itu tidak stabil.Ada juga pemuda India yang rancak berborak sambil ketawa berdekah-dekah tanpa menghiraukan orang lain. Aku tidak faham pun, tapi rasa macam digeletek pula.Ada juga si mamat ini membaca novel Gerimis di Hati. Mengingatkan aku watak Awie dalam filem Baik Punya Cilok.Sambil aku perhatikan mereka, ada seorang gadis ni pandang aku sambil tersenyum.Mungkin hobi dia tersenyum. Aku pun membalas sambil tersengih sinis.Ada juga seorang wanita yang termenung, kadang-kadang sambil berkerut dahi. Mungkin sedang memikirkan masalah.Ada lagi seorang mamat ini, tersengguk-sengguk menahan ngantuk, mungkin dia solat tahajud atau pun layan bola malam itu. Jangan sampai menganggu komitmen kerja sudahlah kan.Aku jeling sebelah, seorang lelaki yang berusia awal 30-an asyik mendengar mp3 nya. Alhamdulillah, dia tengah layan mp3 Al-quran. Aku rasa nak beli juga mp3 nanti. Betul-betul manfaatkan teknologi yang ada.Aku? Buat apa? Inilah hasilnya, aku merakam aksi mereka dengan pen dan buku kecil. Semuanya untuk aku jadikan sempadan dan tauladan.Sebenarnya gadis yang senyum tadi pun sedang melakukan perkara yang sama. Ragam aku telah dirakamkan dulu..Suratan atau Kebetulan?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home