Thursday, October 12, 2006

Puasa sempoi!

Masa aku darjah 3, aku sekolah pada sesi petang.. Di pintu utama sekolah ada seorang pakcik jual aiskrim di bawah pokok saga..aiskrim yang murah ialah aiskrim cedok yang ditabur dengan kacang tumbuk..perghh! mengasyikkan...Di situ tempat aku dan kawan-kawan melepak sambil makan aiskrim bila waktu rehat.

Bila tiba bulan puasa, waktu rehat tetap rehat, dan lepak tetap lepak..tempat yang sama la.
Pakcik tu? jual tetap jual aiskrim nya..ermm, terliur juga.
Tiba-tiba salah seorang kawan aku memberi pendapat.."Kalau korang nak buka puasa, jomlah,pastu kita tutup puasa balik"..."Boleh ke?" salah sorang kawan mencelah..."boleh je,nanti aku ajar niatnya.."..proses jual beli aiskrim pun berlaku....

"sahaja aku buka puasa sekejap kerana Allah Taala,"amin...

lepas semua dah abis balun aiskrim tadi..

"sahaja aku tutup puasa semula kerana Allah Taala,"amin..

Sebenarnya, aku tahu tak boleh.tapi ikut kawan punya pasal,ikut jer..yang ajar kami masa tu budak perempuan..mak aii! kira tahap dayus aku masa tu :)
ermm...cukup sebulan, dapat juga duit saguhati puasa dari ayah..sebabnya ayah aku tak tahu aku 'buka puasa sekejap';D

=====================================================

Ilmu merupakan syarat sahnya satu-satu perkataan dan perbuatan..
Perkataan dan perbuatan tidak bererti tanpa adanya ilmu..ilmu mesti diutamakan dan didahulukan, kerana ianya dapat mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan.
Ilmu pengetahuanlah yang boleh menimbulkan rasa khusyuk kepada Allah dan mendorong seseorang untuk melakukan amal perbuatan yang baik.

Kerana ilmulah yang dapat membezakan antara yang hak dan batil dalam perkara akidah;
antara yang benar dan salah dalam pendapat dan perkataan;
antara yang sunnah dan bida`ah dalam hal ibadah;
antara yang sah dan batal dalam urusan muamalah;
antara perkara yang halal dan haram dalam pemakanan dan perbuatan;
antara yang mulia dan hina dalam perkara akhlak;
antara yang diterima dan ditolak dalam masalah perbuatan dan pekerjaan..
....maka mulailah dengan perbincangan bab ilmu pengetahuan, sebelum melangkah lebih jauh lagi kepada bab-bab yang berikutya.

/* Keutamaan ilmu ke atas amal */