Tuesday, January 30, 2007

Kisah jam tangan v.2

Seorang pembuat jam tangan di Petaling Jaya berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai jam, apakah kau sanggup untuk berdetik paling kurang 31,104,000 kali selama setahun?"
"Apa!?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya si pembuat jam.
"86,400 kali? Dengan jarum yang kurus seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau pulak 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.
"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Tidak mampu saya" tetap juga si jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam.
"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"
"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

/*Tidak ada kunci yang tidak akan dibuka. Tidak ada ikatan yang tidak akan dilepaskan. Tidak ada kejauhan yang tidak akan mendekat. Tidak ada orang bepergian yang tidak akan sampai. Hanya saja semua itu ada saatnya yang telah ditentukan */

Friday, January 26, 2007

Tamak.

Tersebutlah kisah tentang seorang manusia yang mempunyai sifat tamak. Diceritakan, ada sebuah kapal yang mengalami kecelakaan di laut. Di dalam kapal itu terdapat banyak kotak yang penuh berisi dengan wang.

Melihat kejadian itu, maka terdapat anak kapal mengeluarkan kotak tersebut untuk diselamatkan.Namun, ketika kapal mulai tenggelam, mereka membiarkan kotak wang tersebut.
Mereka segera ke sekoci.

Sambil mereka ke sekoci, sang Nahkoda melihat salah seorang anak kapal yang membawa kapal kecil. Orang itu memecah kotak yang berisi wang.Lalu dia segera memasukkan wang itu ke dalam saku sehingga penuh. Nahkoda segera memanggilnya :

"Hoi! cepatlah naik ke dalam sekoci ni! Kalau kau lambat,kami terpaksa tinggalkan kau!"

" Sudahlah, jangan banyak bicara! tinggalkan aku sendirian. Sesungguhnya aku telah lama hidup menderita. Aku bercita-cita untuk mati dalam keadaan kaya. Inilah masa yang aku tunggu! Pasti aku akan........."

Belum selesai berbicara, tiba-tiba gelombang laut menyambarnya dengan ganas. Dia tenggelam bersama wang di dalam sakunya. Dia mati kerana sifat tamaknya. Begitulah akibat sifat tamak dan rakus. Untuk itu, hendaknya kita menjauhi sifat buruk ini agar kita tidak tidak menjadi rugi kerana ketamakan kita.

/* Bagaimana di tanam, begitulah dituai */

Tuesday, January 2, 2007

Kisah jam tangan.

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya ke Petaling Jaya dengan menaiki komuter. Antara ramai-ramai ada seorang perempuan yang duduk di sebelahya. Setelah lama mengunci mulut, dengan selamba si pemuda bertanya kepada perempuan tersebut,
"Hai, pukul berapa ya sekarang?"

Skill 'mengayat' yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini lain ceritanya, perempuan tadi diam seribu bahasa. Mungkin perempuan ini kurang pendengaran, bisik pemuda tersebut.Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun perempuan itu tetap membisukan diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit perempuan tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa awak tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? "Perempuan itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai pelbagai persoalan, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda terkesima mendengar khutbah minah itu. Entah kenapa pulak perempuan ni. Perjalanan masih jauh, apa salahnya kan? Terus dia bertanya lagi.

"Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"soal perempuan tadi ."Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?",ulang si pemuda.

"Setelah itu kamu mungkin menjadi rapat dengan saya dan kamu mungkin akan menjadi teman lelaki saya. Lama-lama kamu mungkin akan menjadi suami saya," jawab perempuan tersebut. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya,
"Wei , apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"Sambil berdiri perempuan tersebut menjawab dengan lantang,

"Masalahnya? Saya tidak mahu mempunyai teman lelaki dan suami seperti kamu! Jam tangan pun takde. Sengkek betul!

p/s: Pakailah jam tangan sebelum menaiki komuter, kalau hendak beristeri ;)