Monday, April 17, 2006

Halal dan Haram

Mind. Share. Power...
Itu adalah motto bagi program Smart Generation di TV3. Hari Sabtu yang lepas si pengacara program tersebut pergi 'interview' orang ramai di sebuah kompleks membeli-belah.

Dia minta respond dari orang ramai tentang tanda Halal JAKIM yang terdapat pada produk makanan. Semua orang ramai mementingkan tanda Halal tersebut termasuk Mawi..Tahniah aku ucapkan kepada mereka kerana patuh kepada ajaran agama yang mewajibkan makanan yang halal...

Aku terfikir adakah sensitiviti aku tentang logo Halal ini hanya pada produk makanan sahaja?
Bagaimana dengan diri aku?
Apabila sesuatu produk tiada logo Halal, pasti aku tidak mendekatinya, apatah lagi untuk membelinya..

Cuba aku diwajibkan letak logo di badan aku..logo Halal atau sebaliknya?

Cuba aku melakukan perkara yang haram, pasti tidak ada logo Halal di badan aku..dan sudah pasti tiada orang yang ingin mendekati diri aku.

Nasib baik tiada kewajipan untuk meletakkan logo di badan aku,tetapi ada kewajipan untuk menjauhi dan mengelakkan diri dari melakukan perkara yang Haram.

Saturday, April 15, 2006

Ragam Manusia

Aku masih berpeluang menaiki komuter lagi. Aku perhatikan pelbagai spesies manusia yang berada di dalam train tersebut. Rasa terhibur apabila melihat ragam mereka.Pemuda Cina yang asyik membaca surat khabar dalam keadaan statik berdiri walaupun train itu tidak stabil.Ada juga pemuda India yang rancak berborak sambil ketawa berdekah-dekah tanpa menghiraukan orang lain. Aku tidak faham pun, tapi rasa macam digeletek pula.Ada juga si mamat ini membaca novel Gerimis di Hati. Mengingatkan aku watak Awie dalam filem Baik Punya Cilok.Sambil aku perhatikan mereka, ada seorang gadis ni pandang aku sambil tersenyum.Mungkin hobi dia tersenyum. Aku pun membalas sambil tersengih sinis.Ada juga seorang wanita yang termenung, kadang-kadang sambil berkerut dahi. Mungkin sedang memikirkan masalah.Ada lagi seorang mamat ini, tersengguk-sengguk menahan ngantuk, mungkin dia solat tahajud atau pun layan bola malam itu. Jangan sampai menganggu komitmen kerja sudahlah kan.Aku jeling sebelah, seorang lelaki yang berusia awal 30-an asyik mendengar mp3 nya. Alhamdulillah, dia tengah layan mp3 Al-quran. Aku rasa nak beli juga mp3 nanti. Betul-betul manfaatkan teknologi yang ada.Aku? Buat apa? Inilah hasilnya, aku merakam aksi mereka dengan pen dan buku kecil. Semuanya untuk aku jadikan sempadan dan tauladan.Sebenarnya gadis yang senyum tadi pun sedang melakukan perkara yang sama. Ragam aku telah dirakamkan dulu..Suratan atau Kebetulan?

Thursday, April 13, 2006

Praap..

Aku berkesempatan keluar dengan 'bini' aku. Destinasi yang dituju Pasar Seni. Sampai sahaja di sana aku duduk berehat di kaki lima sebelah Pasar Seni itu. Sambil menunggu seseorang..praap..praap, bunyi itu menarik perhatian deria telinga aku. Aku toleh sebelah, tengok pemuda-pemuda lebih kurang sebaya aku digari oleh polis yang tidak beruniform. Lalu sahaja pemuda,polis itu tanpa banyak soal terus gari dan dibariskan mereka disebelah aku. Aku yang tidak rasa bersalah,terus alih tempat duduk. Aku perhatikan mereka memang muka 'toya'.Apabila dirisik-risik, rupa-rupanya mereka itu semua penagih. Nasib baik aku 'kurus basah', kalau aku 'kurus kering' macam mereka, mesti aku pun kena praap dengan polis yang kental itu.
p/s : Jaga makan, Jaga Iman.

Jalan Yang Satu

Matlamat aku ialah Allah, Sasaran aku ialah menegakkan Daulah Islam, hingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah. Jalan Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam adalah sebaik-baik ikutan.
Justeru itu, penglibatan dan tanggungjawab serta iltizam aku di jalan ini perlu sabar dengan kepayahan dan perjalanan walaupun jauh, sekali-kali aku tidak akan menyimpang ke jalan lain dengan izin Allah dan tidak sekali-kali aku rela dengan jalan lain. Maksud aku Jalan Dakwah.

p/s : Salam Maulidur Rasul.

Saturday, April 8, 2006

Produktif Masa

Sedang aku merempit di tengah lebuhraya, hujan pun turun lebat. Terus aku lepak bawah jejambat. Ramai juga yang melepak bawah jejambat tersebut. Kalau 'disapu' lori memang tidak cukup satu ambulans.
Sambil aku perhatikan titis-titis hujan, seorang pakcik ajak berborak.
"Alhamdulillah hujan,mesti mak pakcik suka,sebab mak pakcik ada sawah padi",kata pakcik.
Aku pun rasa bersyukur juga. Pakcik itu sudi berkongsi cerita kehidupan dia sebagai anak kepada seorang pesawah.Terima kasih pakcik kerana sudi berkongsi pengalaman tersebut.
Sekurang-kurangnya aku telah produktifkan masa itu dengan berkongsi pengalaman dengan seseorang,dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim..Alhamdulillah.

Friday, April 7, 2006

Harga dan Nilai

Aku sudah berjanji dengan kawan hendak berjumpa. Tiub motor aku pulak bocor. Mahu tidak mahu, terpaksa aku bawa motor lama, 'Honda Accord Cup'. Buruk pun aku tidak kisah, janji rock. Keluar dari simpang rumah,kesesakan lalu lintas berlaku,mahu dalam 2 kilometer aku rasa. Nah, inilah masanya untuk aku mengasah 'skill mencilok'. Sekejap mencelah kanan,sekejap mencelah kiri,sambil tersenyum aku memotong kereta Waja,BMW, pendek kata semua jenis kereta aku berjaya pintas. Bukan boleh laju pun motor aku,hanya boleh70km/jam,kalau lebih mahu meletup ekzos aku.
Walaupun,harga kereta mereka lebih mahal,tetapi aku rasa 'nilai' motor aku lebih mahal.Aku telah berjaya menjimatkan masa aku. Tetapi aku sempat menjeling seorang pemandu kereta ni, dia sempat bercukur janggut dalam kereta. Orang ini, betul-betul manfaatkan masa yang ada.

Apa pun,aku masih menghargai nilai motor lama aku itu,walaupun sudah ada motor lain. Ibarat dapat isteri baru,isteri lama tidak ku lupakan. Ada ke perumpaan itu?

Wednesday, April 5, 2006

Sahabat

Rumah sewa aku pernah di masuki pencuri,mujur barang-barang aku tidak di curinya,tapi banyak juga harta rakan serumah yang hilang..kami menasihati sesama sendiri supaya bersabar,ujian Allah.
Aku pun berkongsi cerita dengan kawan-kawan lain yang tidak tinggal serumah,atas tujuan supaya mereka berhati-hati juga..Tetapi respond yang aku dapat sebaliknya..."agaknya yang curi di rumah kau tu,bukan orang lain,mesti rakan serumah kau juga tu..bukan boleh percaya sangat."
Adoi!! kami selama ini percaya antara satu sama lain..orang lain pula sesuka hati hendak menghukum kami.Memang betul-betul menguji kesetiaan dan kepercayaan antara aku dan sahabat.

Aku mungkin terlupa orang yang pernah bergelak ketawa dengan aku, tetapi tidak mungkin aku melupakan orang yang pernah mengalirkan air mata bersama aku..