Saturday, November 11, 2006

DuiT RaYa !

Firasat aku mengiyakan bahawa tahun ini adalah tahun terakhir aku beraya sebagai seorang pelajar..dan sudah pasti inilah raya terakhir aku dapat duit raya.Kalau nak duit raya juga pada raya akan datang, kena cakap belajar lagi lah....

Zaman aku kecik2 dulu, memang rajin kutip duti raya.maklumlah kaum kerabat ramai. Kalau atuk, pakcik, makcik bagi duit raya - "ambik ni, buat belanja beli jajan"...apa lagi sambil senyum terkulat-kulat , ku terima dengan gumbira.

Zaman semakin berubah...sekarang kalau atuk, pakcik, makcik bagi duit raya - "ambik ni, buat belanja beli top-up" ..perghh! atuk aku pun tahu. Bertuah sungguh budak sekarang ni.

Akan tetapi aku terfikir..mau tau mau,akan tiba giliran aku bagi duit raya pada masa akan datang..huh! ayat apa aku hendak guna ya?..

Adakah "ambik duit ni, buat belanja beli 'handphone'.. atau "buat belanja beli kereta"....taraf hidupkan semakin meningkat..justeru itu, bersedialah..\selamat hari raya...

Tuesday, November 7, 2006

Raya ooi!

Tanda-tanda bila 'final exam' lepas raya :
  • Takbir raya dengar macam taklimat exam.
  • Pakai baju raya macam rasa pakai baju pergi kuliah.
  • Rendang rasa macam dakwat pen.
  • Dapat duit raya macam dapat kertas soalan exam.
  • Buka daun ketupat macam buka kertas soalan.
  • Tengok tv masa raya macam baca buku....

Semuanya macam je..perasaan aku je tu ;D

Sebelum 'exam' aku dah berjanji dengan diri sendiri, bila aku habis 'exam' aku hendak 'update' blog..hmm..sekarang aku sudah 'update'..maknanya aku sudah habis exam!!!....merdeka!..eh! silap tu ..raya!...raya!..raya!!.