Wednesday, August 30, 2006

Salam Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan ini, terdapat dua agenda terbesar negara iaitu :

Kisah persandingan Siti dan datuk K...

Kisah putus tunang Mawi dan Ina....

Media siap bersaing untuk membuat siaran langsung bagi mendapatkan jumlah penonton yang paling tinggi.
Pemenangnya ialah persandingan Siti dan datuk K..

Mungkin nanti, pihak media akan berebut-rebut untuk membuat liputan secara langsung peristiwa Siti Bersalin di hospital pada masa depan.

huhh..mengeluh!

Wednesday, August 23, 2006

Bukan Silat.

Di satu karnival.

Budak : Abang dah lama ke belajar silat?

Abang : Lama la juga..berminat ke?

Budak : Suka tengok je, di sekolah saya ada kelas silat juga..ramai juga la yg belajar.

Abang : Bagus! Silat apa?

Budak : Sama macam abang juga...nak tanya sikit la bang. Abang pernah dengar 'silat cakar harimau' tak?

Diam....terpaku....terkesima...
Aku macam pernah dengar istilah tu,tapi rasanya tu bukan pertubuhan silat..

Selang 6-7 detik,baru aku ingat..cakar harimau tu tajuk buku yang ditulis oleh Ustazah Nur Bahyah..

Abang : Dik,tu bukan silat tau..lepas ni, jangan tanya orang lain ya..
Adik : ye ke? takpelah...

Macam manalah, budak tu boleh terfikir tu silat, aku pun belum baca buku tu lagi.

Tuesday, August 22, 2006

Pernah Jatuh..

Kehidupan penuh dengan dugaan, kesepian dan kepedihan......

Tetapi apabila kita rebah,

Kita hendaklah bangkit serta yakin dan berkata...

" Kurang ajor ! sape tolak ?!" ;)

/* Lihatlah musibah itu dari sudut yang paling memberikan harapan, bayangkan pahala yang kita dapat dari musibah tersebut. Ketahuilah bahawa musibah yang menimpa anda lebih ringan dan lebih mudah dibandingkan musibah yang menimpa orang lain. Jangan lupa bantu dan hiburlah mereka yang ditimpa masalah */

Monday, August 21, 2006

Seindah biasa

Kekasih ke tu?
"ermm, bukan lah.teman tapi mesra je.."

Kau dengan dia bercinta ke?
"ermm, biarlah rahsia.."

Kau dengan dia dah nak kahwin ya ?
"ya, tiada lagi rahsia.."

Tidak kisahlah apa pun soalan dan jawapan..yang penting jangan 'hai-hai bye-bye'.

/*salam bahagia buat semua*/

Friday, August 18, 2006

Jadilah Teman

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

/* 'Teman yang paling baik adalah apabila aku melihat wajahnya, aku teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..' */

Thursday, August 17, 2006

Tragedi 'Butana'

Di kala petang, aku dan rakan berlari-lari anak di Tasik Universiti..senaman sambil menghirup udara segar.

Bila sampai selekoh terakhir, kami pun berjalan dan berborak sifar..bla…bla..

Di belakang kami, ada makhluk ‘macha’ yang sedang berlari..lalu kami memberi laluan.
Sejurus makhluk tersebut melintasi kami dalam jangkauan 1 depa..tidak semena-mena, dia melepaskan gas ‘butana’ melalui ekzos semulajadinya…

Diam..kelu lidah kami untuk berkata-kata.
Selang 5 kerlipan mata..barulah kami ketawa dalam keadaan tidak puas hati..

'Siot' betul makhluk tu, alhamdulillah pun tidak dilafazkan ,apatah lagi ‘excuse me’..Yang aku peliknya, punyalah seluas-luas alam, sebelah kami juga dijadikan sasaran. Sambil berlari pulak tu, memang pakar.

Tidak mengapalah, petang ni aku hendak pergi ke tasik lagi..kalau makhluk tu buat hal yang sama, aku tidak teragak-agak untuk menggunakan teknik tujahan kaki kanan..baru dia tahu payau ke tidak air tasik tu.

/* "aku dapati bumi Allah ini luas sebenarnya",nordinr… - mungkin makhluk tu tidak sedar lagi :p */

Monday, August 14, 2006

Terapi Diri



Taman Tasik Perdana
14 Ogos 2006
5 pm - 7 pm

Apabila aku tengok mereka gembira..keresahan yang mencengkam di hati ini sedikit terlerai..

Mengapa aku harus mendengarkan gonggongan anjing, tapi tidak mendengarkan kicauan burung?
Mengapa aku melihat gelap malam sahaja, namun tidak menyaksikan indahnya bulan dan kerlipan bintang itu?
Mengapa aku mengeluhkan sengatan lebah, namun melupakan manis madunya.

/* Yang manis tidak semestinya madu dan yang pahit tidak semestinya racun */

Saturday, August 12, 2006

Babi Lagi..

Kisah Benar.

Pak Teh dan anaknya bekerja di satu tempat yang sama. Apabila tiba waktu rehat si ayah dan anak pergi ke kedai kek berhampiran. Tujuannya tiada yang lain.hanya untuk membeli 'danish pizza'.
Begitulah rutin mereka hari demi hari.Tabiat mereka telah menjadi ikutan rakan sekerja mereka yang lain.Kalau tak beli sehari tu maknanya buang tebiat ar..lebih kurang begitulah fanatiknya mereka terhadap 'danish pizza' di kedai kek tersebut. Satu hari tu rakan sekerja mereka buat-buat jadi peramah la dengan pekerja kedai tersebut.

Rakan : sedap la pizza kat kedai lu ni..lu pakai ayam ke daging?
Tauke : wa pakai babi..
Rakan : Apa BABI...? memang babi la lu.

Terus rakan tadi melantik diri sebagai 'mami jarum' di syarikat itu..heboh la di setiap pelusuk dan corong syarikat tersebut..

Kejadian itu diceritakan si ayah tadi kepada ahli keluarga yang lain...tidak semena-mena anaknya yang berusia 7 tahun menyampuk dengan muka tidak bersalahnya .
"Untung ayah dan akak dapat makan babi, adik tak pernah pun makan babi..."

Geram je mereka berdua apabila mendengarnya. Hendak buat macam mana, nasi dah jadi bubur..

/* Hati-hati ketika membeli makanan ya! */

Thursday, August 10, 2006

Mana Lagi Busuk.

Sedang aku menikmati setiap ulas isi durian, kawan( mat salleh ) menyapa aku..

Kawan: Kenapa kau suka makan durian?
Aku : Sebab sedaplah..kenapa? kau tak suka ke?
Kawan: 'Uwekk' Bau durian pun dah busuk, inikan pula nak makan..

Kawan aku buat muka geli dia..kira nak menghina orang yang makan durian lah tu..

Aku : Kau makan babi kan?
Kawan : Makan, rasanya macam ayam tau.

'siot' betul budak ni, samakan dengan rasa ayam pulak..'grrrrrr'

Aku : kalau rasa babi tu macam ayam, baik kau makan ayam je.
Kawan : kenapa kau cakap macam tu?
Aku : Rasa sama, tapi kan, bau babi tu 1km dah boleh bau..busuk nak mampus.
Tapi kau makan juga babi tu.

-Aku diam dan layan makan durian-


/* Gunakan frekuensi yang rendah apabila sebut perkataan babi */

Tuesday, August 8, 2006

Wajah Baru.

Perbaharuilah hidup aku. Jadikan hidup aku lebih bertenaga dan sesekali ubahlah kebiasaan hidup aku sehari- hari.

Apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu.
Dan apa yang telah pergi, biarlah binasa.
Jangan aku terlalu fikirkan apa yang telah berlalu,
kerana ia telah pergi dan lenyap.

Aku tidak mahu seperti orang yang menumbuk tepung,
yang menggergaji serbuk kayu,
atau seperti mengeluarkan mayat dari kubur..

/* Ibarat tahun berubah musim */

Sunday, August 6, 2006

Aku blogger



Aku bangun pukul 6.30 pagi,lepas tu gosok gigi..huhuhu…

Hari ini, aku pergi tengok wayang dengan ‘tuttttt’..best..

Aku terponteng kelas pulak hari ni…hihihi.

Aku nak bagi tazkirah sikit….bla..bla..

‘Ermm’ tulisan di atas adalah sebahagian daripada mereka yang mempunyai blog. Pelbagai cara blogger untuk memenuhi kertas maya mereka.Mungkin ada yang suka dan sebaliknya.
Kita yang membaca ni, janganlah pula rasa 1medu pula ya.
Bagi aku…

Suka hatilah blogger hendak tulis apa..
Suka hatilah blogger lain hendak baca atau tidak..
Suka hatilah hendak komen atau tidak..
Yang penting hati dia suka

//ubi pun ada batas..justeru itu,berbatas-batas la ya//

1medu = rasa loya, muntah.

Friday, August 4, 2006

Tok Kadi oo Tok Kadi..

Bahang kehangatan perkahwinan penyanyi popular tanah air, Siti Nurhaliza Tarudin dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K membuatkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikatakan bimbang untuk menikahkan pasangan berkenaan pada 21 Ogos ini.Kebanyakan tok kadi dipercayai khuatir diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang merakamkan majlis ‘Wedding Of The Year’ itu..........(Petikan Harian Metro)

Aku sangka tok kadi di Malaysia ni kecewa sebab Siti kahwin dengan Datuk K.:)
Darah gemuruh rupanya.

//Tips untuk tok kadi -> minum secawan kopi sebelum menikahkan bakal pengantin..
-> cuba la ya, dapat pawerut lagi bagus.