Thursday, May 7, 2009

Hati Gumbira

Aku memberi sokongan dan merestui isteri aku,Honey untuk menggantikan cikgu PASTI Al-Abrar selama sebulan. Bukan asing tugas tersebut sebab sebelum ini Honey aku pernah bertugas di PASTI yang sama.

Aku temankan dia untuk melapor diri dan ambil fail-fail berkaitan. Sampai sahaja ke pintu PASTI,dah terdengar suara budak-budak menjerit kegirangan, "Cikgu Hanisah.!".Lalu,Honey terus masuk,aku hanya tunggu di dalam kereta.

Aku tutup 'air cond', lalu aku buka tingkap kereta. Terdengar aku perbualan emak kepada pelajar bernama Faizal dengan Kak Alin.

"Owh,itulah Cikgu Hanisah?",tanya emak Faizal.
"A'ah,cikgu ganti sementara,jawab kak Alin.
"Dari semalam Faizal dok sibuk bagitahu,Cikgu Hanisah nak datang,Cikgu Hanisah baik mak,",emak faizal bercerita.

Aku yang terdengar perbualan mereka,bukan rasa bangga,tapi hati aku terasa seperti di sira dengan air yang sangat sejuk.Aku tahu, apa yang keluar dari mulut budak-budak adalah sangat jujur.

Dalam perjalanan pulang aku pun bercerita dengan isteri yang aku sayangi.

"Honey,tadi sayang dengar mak Faizal cakap,bila Faizal dapat tahu Honey nak datang,dia pun khabarkan pada mak dia,Cikgu Hanisah nak datang,dia baik mak",aku ambil ayat dari mulut mak Faizal.

Aku dengan penuh teruja menyambung lagi berceloteh,"Bila Sayang dengar mak Faizal cakap macam tu,Sayang pun terbayang 'bestnya' bila anak kita cakap macam tu.

Aku bawa Honey dalam imaginasi aku.

"Cuba Honey bayangkan bila Sayang pulang dari kerja,anak kita pun sambut," yeay!Baba dah balik,Baba dah balik.",anak aku menjerit."Baba,Baba nak tahu tak, Mama kan baik sangat" kata si anak.

Belum pun aku habis berimaginasi,isteri aku menjawab ringkas, " Eleh, PENGAYAT".


~ Ceritera cinta, Masih ada yang tersirat ~

4 Comments:

Anonymous sufi said...

haha..nak tergelak plak baca ayat plg bawah,PENGAYAT tuh...hehe..imaginasi x salah..moga jd kenyataan..cepat2 la menyusul hendaknya :-)

12:31 PM  
Blogger hiz one said...

ewahh..sufi n hubby pandai merungkaikan yang tersirat ek..
almaklumlah bepengalaman kan..hehe.
tapi yang imaginasi tu btol,selang beberapa hari tu baru jd realitinya :)

6:11 PM  
Anonymous sufi said...

hehe..tahniah dr kami..mesti cute baby emisha nanti..pesan kat 'honey',jaga diri baik2..jgn bg die buat keje berat2 awl2 kndgn nih..take care:-)

9:52 AM  
Blogger Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

yup, pengorbanan isteri + restu suami amat2 membantu..ingatlah sedikit kebaikan yg kita lakukan dengan ikhlas & penuh rasa redha ...insyaAllah, akan dipelihara & diredha Dia..

betul, akak juga terharu bila dengar mak budak kata mcm tu..lagilah impress sebabnya akak sendiri jarang dpt luangkan masa ke sekolah time waktu sekolah (sebab bekerja)..

semoga hanisah akan jadi, guru, isteri, ibu mithali...

terima kasih dari kami Pasti atas segala pertolongan & bantuan tak berbelah bagi..

p/s: wpun, ada rasa sikit cuak bila lihat seriusnya adik helmy yg akak kenal..hmm, bila jd suami org nie lainlah..hehehe..

4:57 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home