Wednesday, June 3, 2009

Belum Rezeki

Genap 9 minggu,honey telah disahkan oleh doktor di Subang Jaya Medical Centre mengalami keguguran.Alhamdulillah,kami di beri kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat bakal mama dan baba,walaupun hanya 9 minggu.Ramai lagi pasangan yang langsung tidak dapat merasai pengalaman yang indah bila disahkan mengandung.Seperti pelakon,Dynaz Mokhtar yang keguguran ketika usia kandungan mencecah 6 bulan baru-baru ini,pasti lebih menyedihkan.

Jika tiada aral melintang,esok 4hb Jun,honey akan menjalani prosedur DNC(Dilatation and Curettage) di SJMC iaitu prosedur membersihkan rahim selepas keguguran.

KEHIDUPAN (INTEAM)
Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gengaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


TELADAN.
Sebelum ini,abang ipar aku bertukar status kepada ayah semasa 3 tahun usia perkahwinan mereka.Pada tahun ketiga perkawinan,baru abang mendapat khabar gembira di mana yang isterinya positif mengandung.Akan tetapi,berita gembira itu hanya sementara,kerana isterinya juga telah keguguran.Kesabaran dan ketabahan mereka berbayar,apabila mereka telah di kurniakan cahaya mata,bukan seorang,tetapi kembar dua orang perempuan.Apabila mendapat berita keguguran honey,abang menghubungi kami memberi nasihat,"takpe,nanti macam abang,selepas je gugur,mengandung lagi sekali,dapat kembar pulak".

Mudah-mudahan honey selamat untuk menjalani prosedur DNC esok.
Terima kasih pada 'sifu phographer' aku,"semoga Allah menjadikan yang lebih baik nanti,jangan sedih-sedih,banyakkan doa dan istigfar"nasihatnya dalam SMS.
Terima kasih juga pada senior Alin,Shamsuri dan Hafiz Laili yang datang ziarah honey di rumah.

"Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat mempekenankan pinta,perkenankanlah.Ya Allah, gantikanlah apa yang telah aku hilang, dengan sesuatu yang lebih baik.. Amin Ya Rabbal 'Alamin!."

~ Setiap dugaan ada kebaikan ;) ~

8 Comments:

Blogger zulu delta said...

sabar ye bro.. ada rahmat Allah disebalik ini... sabar ye

3:20 PM  
Blogger Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

Alhamdulillah, lepas je berkesempatn melihat sendiri keadaan hanisah sekejap td + pastu ber sms dgn helmy pulak..I know u better..sentiasa akan 'cool' jer..eheh..begitulah hendaknya...

masih punya masa..teruskan berdoa + beristighfar + berzikir + bermunajat kepada Allah...moga akan ada kurniaan yg lebih baik + manis selepas ini krn mama & baba nya sudah dlm keadaan betul2 insaf & bersedia..betul tak?

cuma, satu nasihat dr yg senior nie..biasalah org muda, akak lihat hanisah tu mcm akak juga;)ada 'degil'nya..pantang betul mcm org bersalin + rehat cukup2 + makan jgn tak makan + jgn byk turun naik tangga (berjalan)..& yg paling penting; kena jg diri betul2 next time preg., belikan buku2 penaik semangat yg boleh isteri baca utk elak kebosanan dia..contoh di www.umusaif.com..

wassalam..
apa2 jgn segan silu,kalau nak minta tlg apa2..

5:07 PM  
Blogger Ummu Mar'ie & Mar'iyah said...

www.ummusaif.com...boleh baca musibah yg melanda isteri & keluarga ustaz hasrizal sendiri...

wassalam..

5:10 PM  
Anonymous Kalaq said...

Saya tumpang simpati.Insyaallah someday nnt=)

8:02 PM  
Anonymous sufi said...

takziah sahabatku.apapun,ada hikmah disebalik apa yg berlaku..Dia lebih mengetahui..jaga isteri bebaik..jgn sedey2..insyaALLAH,semoga ada rezeki lebih baik selepas ini:-)

1:26 PM  
Blogger Nur Haq said...

Takziah dari kami.... terkejut juga! Sbb sikit sebanyak, kami pun tumpang gembira masa dengar berita di Alamanda dulu :) .. Any how, Allah knows better than us! Semoga tabah & kuat menghadapi dugaan.

2:57 PM  
Blogger hiz one said...

Terima kasih semua.Allah lebih mengetahui dan sebaik2 perancang ;)

4:20 PM  
Blogger ..::Siti♥Syuk::.. said...

salam...

sabar ya.
apa yg awk ber2 lalui skrg sy dh rsanya sebelum ni..
tiba2 janin yg dikandung gugur sekelip mata..Allah saja yg tahu perasan saat tu. 8 mggu je saya dpt rsai 'ianya' wujud dalam rahim saya.

setelah 'kehilangan' sy amat takut utk prgnant lagi. berpantang hampir setahun. sebab takut utk rasai sakit gugur tu. tapi skrg bila dah betul2 bersedia utk prgnant rezki masih belum ada.puas berikhtiar tapi masih belum ada.

apapun saya selalu pujuk hati ini..
"Allah tahu apa yg terbaik buat diriku. setiap apa yg direncana pasti ada hikmahnya. i'allah"

smg awk ber2 sabar ya...

12:13 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home