Friday, March 31, 2006

Pesta Buku Kuala Lumpur

Memang rambang mata apabila aku mengunjungi pesta buku. Walaupun hanya beli beberapa buah buku, tetapi aku sempat membelek beberapa jenis buku yang lain. Makin di baca, makin banyak yang aku tidak tahu. Tetapi sekurang-kurangnya aku sudah tahu sekarang.

Apa yang penting, aku tidak sepatutnya menilai buku hanya pada kulit muka hadapannya. Sekiranya aku membaca dan meneliti, aku akan mendapat maklumat dan maklumat ini aku tukarkan kepada ilmu pengetahuan dan aku telah memenuhkan ruang otak aku dengan benda yang sepatutnya.

Buku adalah sahabat terbaik. Bergaullah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Saturday, March 25, 2006

Lain Padang Lain Belalang.



Terengganu- Tersebut kisah di sebuah gerai.....
Makcik kedai : Ya dik, hendak makan apa? kerepok lekor ada,roti telur ada,laksam pun ada.
Pemuda : ermm..bagi saya tembikai laici dengan roti telur ya.
Makcik kedai : ok.
....Selang lima minit....makcik kedai pun datang dengan penuh keyakinan membawa hidangannya...
Makcik kedai : Jemput la ya.
Pemuda : Terima kasih.
"Aduh! aku ingatkan roti canai telur macam di Kuala Lumpur, rupa-rupanya roti buku yang disalut rapi dengan telur dan dimasak dengan penuh rasa kasih sayang,'perghh'..nasib baik tidak minta roti telur 'banjir',kalau tidak buat malu je,"bisik pemuda itu.

p/s: Jauh perjalanan luas pengalaman.

Wednesday, March 22, 2006

Sukses Ya.

Apabila Cikgu atau pun pensyarah memberi ilmu, ianya ibarat memberi aku seekor Lembu dan aku perlu menghabiskannya. Bagaimana caranya ya? Kalau aku makan sikit-sikit dari dulu, mungkin aku sudah dapat 'selesaikan' hari ini. Tetapi kalau baru hari ini aku hendak makan seekor lembu, itu Misi Mustahil.

Realitinya , aku sepatutnya sudah belajar awal-awal, dan apabila tiba waktu peperiksaan tiada lah kes kecut perut, kecut otak dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau esok aku ada peperiksaan, dan baru hari ini aku hendak 'pulun' semua chapter, mana mungkin kan? 'blank' dan 'blur' lah jawabnya. Sepatutnya, aku belajar awal-awal, dan setiap hari walaupun sedikit. Mungkin pernah dengar istilah 'study smart', bukannya pakai 'smart' masa 'study' ya. Jangan lupa kewajipan kepada sesiapa yang beragama.

p/s : semoga sukses pada semua.

Tuesday, March 21, 2006

Datuk-Siti disiasat

GEMPAK tajuk utama akhbar KOSMO semalam..mula-mula baca, aku dah terbayang wajah Siti Nurhaliza dan Datuk 'K' nya tu. Atas kesalahan apa yang mereka buat sampai kena siasat. Terus mataku menyusuri di dada akhbar tersebut...'Cess', rupanya Datuk Noridan dengan Siti Insiah, entah siapa pun aku tidak kenal. Bijak sungguh akhbar tersebut untuk menarik perhatian pembaca.
Itulah kan, kadang-kadang aku cepat sangat menghukum seseorang. Belum habis kenal,baca,dengar,siasat sudah aku sabitkan 'kesalahannya'. Contohnya baru tengok muka,sudah ku kata si polan tu sombong. Siapa aku hendak menilai seseorang itu salah dan betul. Yang penting aku jangan terlalu cepat untuk 'menghukum' dan 'menilai' seseorang.

p/s : Minta maaf pada mana-mana Siti.

Monday, March 20, 2006

Jadi Bijak

'Aku sebatang pen'. Jari-jemariku pernah menari untuk menghasilkan karangan di waktu zaman persekolahan dahulu. Aku mampu untuk meletakkan diri aku bernama 'pen' atau pun aku dilahirkan di kilang. Tetapi dalam realiti kehidupan, aku kadang-kadang gagal untuk meletakkan diri aku sebagai orang lain,bukan untuk apa,tetapi hanya ingin sekadar menyelami isi hati orang lain..
Aku tengok pemain skuasy No.1 dunia kalah,aku kritik,hentam...Cuba aku jadi pemain skuasy.ADUH!! Raket skuasy pun aku tidak pernah pegang.Yang itu baru hendak main, belum lagi dapat tekanan dari penyokong,pengkritik,media....'Perghh'...mahu pengsan di buatnya. Justeru itu, aku kena pandai ,'meminjamkan' keprihatinan aku kepada orang lain. Sebabnya, kalau aku mengata orang itu bodoh, ianya tidak akan membuatkan aku pandai.

p/s: cuba letakkan kaki kita ke dalam kasut orang susah pula...

Monday, March 13, 2006

Si Tukang Gunting


Sambil aku menunggu giliran di kedai gunting rambut.Aku perhatikan gelagat si tukang gunting dan pelanggannya..Aku tidak berapa ambil peduli tentang topik yang mereka bualkan,mungkin topik yang dibualkan tidak menarik perhatian aku,aku hanya memerhati.Memang hobiku memerhati. .Jalan cerita ini pun hasil dari kotak imaginasiku semata-mata.

Sambil si tukang gunting menggunting rambut seorang pemuda,mereka pun rancak berborak. Macam-macam hal yang mereka bualkan,dari topik bola,minyak sampailah ke topik Tuhan.
"Sebenarnya saya tidak percaya yang Tuhan itu ada seperti yang kamu cakap ada tadi,"kata si tukang gunting selamba. Pemuda tadi pun terkejut,lalu bertanya,"Kenapa kamu tiba-tiba cakap macam tu?"
"Betullah kan,kalau Tuhan itu ada,mana mungkin kita dapat lihat negara kita banjir, diserang virus selsema burung, dan macam-macam bencana lagi,"tegas si tukang gunting.
Pemuda tadi pun berfikir dan hanya mendiamkan diri,bukan tanda dia setuju tapi supaya si tukang gunting tadi tidak meleret panjang....Setelah selesai menggunting rambut,pemuda tadi pun keluar.
Sambil berfikir tentang kata-kata si tukang gunting tadi,dia pun terserempak dengan seseorang yang berambut panjang yang tidak terurus..Pemuda tadi pun terus kembali berjumpa dengan tukang gunting tadi dan berkata, " saya rasa tukang gunting pun tidak wujud!"..Tukang gunting tu pun melenting sambil berkata," Awak ni gila ke? habis tu siapa yang gunting rambut awak tadi? bukankah saya si tukang gunting."
"Tidak,kalau ada tukang gunting,kenapa orang di luar tadi rambutnya panjang,tidak terurus pula tu,"tegas pemuda tadi.
"Itu bukan salah saya, dia yang tidak datang ke kedai saya,kalau dia datang,mesti saya guntingkan rambut dia,"balas si tukang gunting.
"Ya,awak memang betul,"kata pemuda tadi.
"Seperti tadi,Tuhan itu memang ada.Apa yang terjadi sekarang,manusia ni sombong,golongan macam ni tidak mahu mencari dan mengadu kepada-Nya..Itulah sebab,semakin banyak bencana dekat dunia ini".

Wednesday, March 8, 2006

Tentang Nama

Mungkin anda pernah mendapat respond dari kenalan baru..."wahh,sedap nama".Mungkin sebahagian daripada kita rasa bangga dan mungkin juga kelu lidah untuk berkata-kata.Setiap ibu bapa pasti pening kepala untuk bagi nama pada anak..sudah pasti inginkan nama yang memberi makna yang baik-baik..termasuk juga aku. Setiap kali orang bagi respond nama aku sedap(bukan semua).aku mula terfikir layak ke aku jadi pemilik nama tersebut..hendak sedapkan hati sendiri aku berbisik, "kenapa tidak jadikan nama yang ibu bapaku bagi sebagai motivasi"..kalau baik maknanya berusahalah supaya jadi baik kan?
Apa salahnya kita semua yang mempunyai nama yang bermakna 'baik' tunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah laku,personaliti,imej dan sikap.Tidak mungkin kita suka dengar atau lihat pemilik nama yang 'baik' buat jenayah kan? Nama Islamik, tapi sikap sebaliknya..sedih.Kepada aku dan kamu, tepuk dada tanya Iman.

p/s: terima kasih buat ibu dan ayahku..

Sunday, March 5, 2006

Nilai 30 sen

Sudah hampir seminggu harga minyak di Malaysia naik 30 sen.Tapi,masih lagi terasa bahang kenaikannya. SEBABNYA>keperluan seharian..Bila di isi minyak penuh barulah terasa nilai 30 sen tu kan? Tengok program Bersamamu di TV ,sedih juga.macam mana mereka menghadapi kesan kenaikan harga minyak ya. Lepas itu,negara mengalami serangan virus selsema burung,penduduk di Shah Alam menghadapi banjir....banyak lagi sebenarnya..Yang pasti,masih ramai lagi golongan susah di Malaysia ni..Cuba kita letak kaki kita dalam kasut golongan susah tu..Kita tahu harga minyak pasti naik,tapi sesuai ke masanya??...yang turun hanya air hujan.
Saya ada beberapa cadangan untuk menghadapi kesan kenaikan minyak ni..

$ Jangan beli rokok, bukan keperluan pun.
$ Tidak lama lagi ada banyak program realiti HIBURAN di tv....Jangan sms,undi.memang boleh jimat untuk minyak.
$ Jangan juga pi layan sms 'ON CINTA','ON RINDU','ON KASIH'...MACAM2 ON LAGI..
$ Tidak perlu tengok wayang dengan 'awek'...membazir je
$Tidak perlu bergayut telefon dengan 'awek'..membazir juga.
$ Yang ada 'bini' suruh je masak,sedap ke tidak,tu cerita lain...daripada makan di luar kan.
$ Kalau teringin makan ayam goreng ,burger ke,beli je kat pasar,tak perlu ke KFC,McD..lebih kurang je rasa,tapi lebih jimat.
$ Kerajaan cadangkan perkongsian kereta kan? Dapat ke kita lihat lepas ini Menteri-menteri berkongsi kereta untuk persidangan Parlimen? 'Kepimpinan Melalui Tauladan'.

p/s: banyak lagi sebenarnya..buka cadangan untuk diri masing2 la ya..

Saturday, March 4, 2006

Pra Blogger.

Kepada rakan-rakan lama, aku bukan berhenti menulis.aku sentiasa menulis.Mungkin cara perkongsian aku berbeza.Aku masih ingat kata-kata cikgu,jangan berhenti untuk mencari dan mengembangkan potensi diri.Alhamdulillah ini mungkin wadah yang sesuai pada masa ini.

Suka diingatkan aku menulis bukan atas tujuan lain.Ianya lebih untuk diri sendiri.Mungkin ada yang memberi manfaat kepada kalian,ambillah. Jika sebaliknya,tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.Terima kasih..